Kalau tak reti guna jalanraya, bawak basikal ikut jalan kampung lah!


Esok Jumaat. Weekend yg dinanti. Lagi2 untuk hari2 sepjg minggu ini, agak sibuk dgn mcm2 agenda.

Sibuk dgn dua adik yg dtg berkunjung. Kira jadi pemandu pelancong tak rasmi lah. Kebetulannya, tempahan di http://chesalmah.com pun ada hampir setiap hari. Serasa jarak dari rumah ke pejabat pos besar Kota Bharu tu mcm makin dekat je bila hampir setiap hari mengunjunginya. Penat memang tak dinafikan, tapi satisfaction tu ada ..

Ianya seperti seorang Pemancing. Duduk tepi sungai/kolam/tasik for hours, satu ekor anak ikan pun tak mahu mkn umpan. Namun, adakah Sang Pemancing itu kecewa? tentulah tidak. Sebab kepuasannya ada pada perkara yg dia suka buat .. Dan, itulah yg aku rasainya bila "berkarenah" dgn aktiviti di chesalmah.com itu ..

Disebabkan esok Jumaat, maka Khamis jua menjadi hari yg tiba2 mcm semua buat2 busy .. heheh.. atau sememangnya mrk itu busy? .. Percaya tak, ke"busy" an membuatkan kita tiba2 jadi amat selfish.

Kita mau segera memenuhi task "busy" itu dengan buru-buru memandu utk segera sampai ke destinasi. Kita buru-buru memandu utk segera tiba di rumah sbb hari sudah makin ptg, nanti isteri bising pula :) .. Maka, kita tiba2 selfish dengan menjadikan jalanraya itu hak milik "groups of companies" yg diwarisi keluarga.

Betul, anda mungkin cekap dan pantas orgnya. Mana mungkin mensiputkan kereta yg canggih itu jika sememangnya kereta tu mampu pergi lebih laju dari yg lain2 nya ..
Tapi, consider lah sikit dengan pemandu motor. Atas motor tu, ada adik2 yg baru pulang dari sekolah. Ada makcik bersama pakcik yg mahu ke pasar malam. Ada gadis2 yg pulang dari kerja. Jangan di sebabkan mereka hanya bermotorsikal, anda buat nampak tak nampak aje dgn wujudnya mereka berkongsi jalanraya dgn anda ..

Last but not least.. gambar aksi ini, ditujukan khas utk anda.
Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics
Tak Cuba, Tak Tahu..
Ahhh.. at last, Jumaat tiba. Byk "itu ini" yg boleh dibuat bila aktiviti-aktiviti hari biasa tiada pada hujung minggu.

Salah satu nye, "menghidupkan" balik blog ni :) .. blog ni, ibarat bangunan yang dah disaluti debu pasir. Nasib baik bukan debu dari ribut pasir!. Kalau tak, jenuh la nak "membersihkannya"..

Kadang, bila dah byk benda bersimpang-siur bercampur plak dgn adanya "vitamin M" (M for Malas .. hehehe..) maka idea utk bercerita tu mcm tak berapa nak tubik.

Dari sudut hati kita yang paling dalam, akan tentu ada satu hajat atau angan yg sampai ke la takleh nak jadi nyata. Kan kan? .. Kalau yg blom kawen tu, hajat dia tentu la nak tackle awek dia sehabis daya utk dijadikan teman hidup. Yg jadi ahli gomen lak, ada hajat utk tamo dok level di bawah boss ajer, nak gak merasa mcmana jadik boss :) .. dan, mcm2 lah lagi itu ini yg ada di hati kita ..

Hajat utk memasarkan serunding. haa!! itu tak pernah pernah ada dlm mana2 sudut di hati ini. Betul. Tak pernah. Alasannya - (bila dah takde kehendak, ada je la alasan2 yg menyokong ketidak- keinginan kita ..kan? )

Alasan - yg paling paling paling ialah Malu. Haihhh.. tak penah2 berbisnes. Alih2 nak ada bisnes, dan melakukannya di sebuah laman web. A very new and ishh!! mcm tak berapa boleh jalan je, bisik hati.

Sesebelum ni, memang tak pernah berbisnes. Membeli pandai aaa .. hehehe.. tapi utk memikirkan how to sell, how to convince people to buy, and how to manage business, memang takde aa..

Sokongan. Kalau pokok apa ek, hmm.. pokok kacang botol. merimbun disebabkan sokongan kayu nya yg teguh, sokongan yg teguh dari suami tercinta lah yg mendorong situasi hingga seperti sekarang. Idea2 nya, dorongannya .. takde penyukat utk ukur jasa itu ..

Bila "berjualan", aku belajar mcm2. "macam2" itu, yg takde pun diperoleh waktu aku jadi "ahli gomen" dulu. Aku belajar utk lebih sabar. Aku belajar utk tahan dgn karenah "pelanggan2 budiman" chesalmah.com tu .. (hehehe.. kan org tua2 selalu cakap - costumers always right!.. ) Aku belajar kawal emosi, lagi2 time ada tempahan2 bertindih yg kadang leh buat angin mcm up je, mcm virtually je ada tanduk teletubbies tu atas kepala haa ..

Dan utk waktu ini, dan waktu2 akan dtg diharapkan chesalmah.com akan terus sukses sebagai laman utk penggemar2 variasi serunding dan juga produk2 lainnya ..Insyaallah ..


  • relaxing moment :)