Aku dan Che Salmah
Salam Syawal ..


Amat lama meninggalkan sessi taip menaip blog nih. busy, sibuk dan kesibukkan jadi alasan.



Dari permulaan Ramadhan hingga sehari sebelum tiba nya Syawal, aku dan che salmah mcm kembar siam. Boleh kata hari2 ada je aktiviti yg menghubungkan kami. hehehe..pastinya, serunding2 dan pembungkusan2 dan kotak2 dan pejabat pos ..



Jutaan terima kasih kepada kalian yg sudi membeli di http://chesalmah.com .. moga di lain waktu, jika teringatkan serunding singgahlah ke laman sesawang tu ya..



Sambutan yg menggalakkan amat disyukuri. Moga hidangan waktu sahur dan hidangan di pagi Hari Lebaran dihiasi dengan serunding dari chesalmah online sebagai salah satu menu nye..



Years ago, tak terlintas pun aku dan chesalmah tu akan serapat ini. rapat dan menyediakan sesuatu yg enak di nikmati ramai orang. Apa yang lebih menggembirakan dari membuatkan org lain gembira dengan produk kita. Betul tak?..



Good Day ! ..

Sessi Mem "bowling" kan diri ..

sehari dua ni, latihan bowling dimulakan. terdapat 3 peringkat fikiran pertama yg muncul apabila berada di lane:-
1st - susahnye! ..
2nd - susahnye!..
3rd- susahnyaa! ..

usaha tangga kejayaan. takpe. usaha lah .. walaupun setakat hari ni, dah 3 hari tapi blom nampak lagi tu di mana "tangga" nye..
hehehe.. wish me all the best ...
Gapai Lah Ia..
Untuk Zaty ..






Khabar tentang kesihatan Zaty yg kurang memuaskan mmg agak mengganggu, kejap2 dok wonder, apa khabar lah dia sekarang? sudah sedar ke, belom ke? dah mkn ke, tiub dah remove ke? ..




Dan bila Zaty reply text dan bagitau dia ok, baru la lega rasa hati. Harap Zaty akan segera sembuh dan kesihatannya sentiasa okay.Insyaallah..

Friend
A friend is someone who understands your past, believes in your future, and accept your today.





Dedekat nak tido, terjumpalah quote nih.. nampak mcm best je utk di copy paste kan. Malangnya takleh lak copy. So kena taip lah .. :D


Ada org kata, kawan ni waktu senang je ramai. Bila waktu susah (atau sengkek?) tau2 entah di mana mereka..

Ada org kata, kawan kena ber pada pada. Tak boleh baik sgt, nanti pijak kepala pulak..

"Berkawan biar seribu, berkasih tengok keadaan lah..[kalau boleh, nak ramai2 juga..kan?]" - ada pula org kata mcm ini..

Ada beza tak kawan, dengan sahabat?

Ada org kata, sama saja. Asal dia adalah org yg kita kenal, kita selesa berkomunikasi dan kita selesa dengan karenah2 nya.. itu kawan nama nya..

Tak semua org boleh jadi kawan kita. Kita pun, tak boleh nye nak kawan dengan semua org .. Untuk berapa2 saja bilangan kawan yg kita miliki, hargailah mereka seadanya. Bukan mudah nak memahami hati org lain. sbb kadang tu, kita nak faham apa yg diri kita sendiri mahu kan pun, susah ...

Happy Friendship Day to all ... Nite ..





Weekend Yang Meriah

Salam Hujung Minggu..

Lama betul tidak mencoret. Idea kureng, pastu mula la jealous tgk blog org lain yg "mcm2 ada" tu.. hehehe..
Hari ni Sabtu. Dapat dok umah, lepak2, tak rushin keluar town and facing the traffic jammed mcm satu nikmat je. Iras2 org keja ofis tu ada. Pagi, beratur dlm jammed. Ptg, berbaris lagi sekali. Masa utk di luang nak top up cantikkan http://chesalmah.com pun mcm kebuntuan idea. Byk benda nak citer dlm tu, tapi tu lah. Bila dah letih, mood mmg takde lah ..

Yesterday borak ngan Cik Mai. i told her, today hari malas i. Rasa mcm nak dok dlm gua je nih. hmm.. tentulah itu idea bergurau. Mana la ada org dok lelepak dlm gua di zaman la nih. Respon dari Cik Mai- "dlm gua ada kelawar. kelawar bau busuk... " :D

Lumrah manusia, tak selalu puas hati dengan situasi sendiri. Masa ke masa, mahu jua demand view lain, utk menutupi kebosanan dari menempuhi rutin seharian. Takpelah, ada peluang ada rezeki, boleh lah kot tukar2 view sekali sekala..Setakat ini, serunding2 lah yg buatkan cara fikir tu ada mcm cabang lain. [ Selain dari fikirkan task seharian, yg perlu di buat atau yg boleh di tunda ke hari lain :D.]

Setakat ni sambutan utk serunding, best sgt. Happy lah bila ramai yg kenal dan sukai produk2 serunding tu. Pastu dah pandai "cari gaduh" ngan kerani2 pejabat pos dah lately :D .. dulu pegi situ, isi2 borang then hulur parcel. La ni, dah terbit mcm2 modal nak di tanya, nak di selidik berkaitan sistem pengeposan..


Berniaga ni, tukar byk benda dari segi sikap.

Dulu2, nak buka mulut utk "jual" produk pun mcm ada berlian dlm mulut tu.. hehehe.. malu la, segan la, tak biasa la.. mcm2 lah alasan. Yg jelasnye, tiada minat di situ. Walau lahir dalam keluarga yg berniaga, tapi rutin2 mereka mcm angin lalu saja. Sbb tiada minat utk itu. Tapi bak kata Bro Thoman, benda yg baik tu, lama2 akan nampak juga. Betul Betul Betul.. :D


Good Day !
Mata Ke Tiga..
Ada sebuah teks yg simple, tapi menarik telah pun di baca secara tak sengaja hari ni. Cerita tentang "kewujudan" mata ke tiga dlm kemampuan kita menangani liku hidup.

Antara yg menarik di situ ialah -

We are dealing, communicating and interacting with many people and networks. How do we make decision other than what we see? Remember this quote; “We only see what we want to see.”. Are you in a position when you feel certain things should be done differently than what it was? Do you sometimes feel that you want to turn back time? Or are you in search of ways to make deals and things better so you can reap optimum results? Well, if you fall in any of these categories, you need the Third Eye

Yeah.. seharian kita akan jumpa beberapa org baru, berkarenah dengan org2 yg sedia ada dan mencuba utk capai impian peribadi. Kemampuan interaksi pun satu hal. Kalau interaksi kita it "membunuh" mood seseorang, itu adalah mengecewakan. Mahu mengucapkan sesuatu yg bersifat komentar?, ucapkan iya tanpa mengguriskan, tanpa membunuh mood. Sukar mahu melakukannya lagi2 tanpa skill yg bagus, tanpa ilmu yg mantap..

"kita hanya melihat pada apa yg kita mahu lihat" - lumrahnya mcm itu lah. Siapapun mahu yg terbaik berlaku dlm hidup mereka. Third Eye itu mungkin mewakili usaha gigih utk capai impian. Impian utk mahu lihat apa yg kita mahukan.

Namun, tak semua yg kita peroleh hadir 100% dari usaha sendiri. Jangan nafikan wujudkan manusia2 sokongan yg membantu kita menjadi "third eye" utk melonjakkan kita dlm mencapai matlamat peribadi kita itu ..

Good Day !...
  • relaxing moment :)