Bubur itu..





Ini bubur. Bubur jagung. Kata seorang rakan lama, tiada bubur yang tak manis. More than that, pada bubur ada lemak rasa santannya. Ada kenyal-kenyal isi bubur, sama ada ianya jagung, kacang hijau atau gandum.


Kerana bubur itu manis, maka ianya disukai. Manusia juga begitu. Bersikap ramah, manis tutur bicara, pandai mengambil hati - ramailah yang suka. Kewajarannya, unsur2 di atas ada kemungkinan adalah sifat2 semulajadi insan itu. Atau pun, adakah kemungkinan ianya sebuah kepuraan?

Berpura manis tutur bicara, santun pekerti, demi satu niat. Kita hidup dlm cerita sebegini. Cerita insan teraniaya, terpedaya oleh si manis tutur bicara itu.

Diperdaya. Atau ayat bahasa kampungnya;ditipu oleh penipu. Licik dia menggunakan unsur "bubur" - manis, lemak dan sedap, demi menyempurnakan impian sendiri.

Rosak persahabatan dgn adanya manusia seperti ini. Ada hati yang terluka pabila menyedari sang penipu telah kantoi. Akhirannya? Sang penipu semakin pro dgn dunianya. Yang tertipu? beralih ia menjadi manusia yg terlalu berhati-hati. Hingga kadang, terlindung satu kebaikan dgn keperitan kisah lalu...





- Posted using BlogPress from my iPhone


Location:Wakaf Bharu,Malaysia

Ramadhan, Syawal dan Serunding
Salam Ramadhan..

Hari demi hari, dari minggu berganti bulan. Ramadhan sudahpun menghilangkan separuh dari perjalanannya. Menitipkan separuh lagi dengan mood Syawal, Syawal yg diidamkan dengan sepenuhnya persediaan. Syawal yang hadirnya dinanti dengan segala macam aturcara.

Tahun ini Ramadhan adalah yg paling menyeronokkan. Insyaallah, Syawal di harap dapat memberikan lebih keceriaan berbanding tahun-tahun yg lepas, pabila org tersayang terpaksa berjauhan demi tugas.

Syawal juga menjadikan chesalmah.com agak sibuk dari hari-hari biasanya. Alhamdulillah, serunding-serunding yang di persembahkan di laman sesawang itu, dapat menepati citarasa ramai penggemarnya.


Ramadhan, menukarkan mood membeli ramai antara kita kepada mood yang lebih "bernafsu- beli" .. lagi2 lah bila waktu petang, di bazaar ramadhan. Dengan bauan ayam bakar yg enak, dgn hidangan jualan lauk pauk yg menggiurkan .. mungkin ada di antara kita yg di bawah sedar, tau2 atas meja makan sudah ada lebih dari 4 jenis air (yg kemudiannya terjadilah insiden "kembung air" hingga tak boleh nak makan makanan2 lain dah.. ) dan berlimpahan kuih muih. Yang akhirnya, terdorong pembaziran. Bersederhanalah, itu lebih baik. Jika hari ni murtabak itu rasa sgt sedap hingga tak mencukupi, tunggu saja esok ptg. Belilah lagi. Pada kuantiti yg sama atau kurang. Jangan di lebihkannya. Sebab, kemungkinan kuantiti tambahan itu, menjadikan kita tak mampu menghabiskannya! :)


Selamat meneruskan ibadah puasa. Sesungguhnya, Ramadhan mengajar kita macam-macam, selagi mana kita menyedari dan menginsafinya. Insyaallah..

Good Day!



  • relaxing moment :)