Ramadhan, Syawal dan Serunding
Salam Ramadhan..

Hari demi hari, dari minggu berganti bulan. Ramadhan sudahpun menghilangkan separuh dari perjalanannya. Menitipkan separuh lagi dengan mood Syawal, Syawal yg diidamkan dengan sepenuhnya persediaan. Syawal yang hadirnya dinanti dengan segala macam aturcara.

Tahun ini Ramadhan adalah yg paling menyeronokkan. Insyaallah, Syawal di harap dapat memberikan lebih keceriaan berbanding tahun-tahun yg lepas, pabila org tersayang terpaksa berjauhan demi tugas.

Syawal juga menjadikan chesalmah.com agak sibuk dari hari-hari biasanya. Alhamdulillah, serunding-serunding yang di persembahkan di laman sesawang itu, dapat menepati citarasa ramai penggemarnya.


Ramadhan, menukarkan mood membeli ramai antara kita kepada mood yang lebih "bernafsu- beli" .. lagi2 lah bila waktu petang, di bazaar ramadhan. Dengan bauan ayam bakar yg enak, dgn hidangan jualan lauk pauk yg menggiurkan .. mungkin ada di antara kita yg di bawah sedar, tau2 atas meja makan sudah ada lebih dari 4 jenis air (yg kemudiannya terjadilah insiden "kembung air" hingga tak boleh nak makan makanan2 lain dah.. ) dan berlimpahan kuih muih. Yang akhirnya, terdorong pembaziran. Bersederhanalah, itu lebih baik. Jika hari ni murtabak itu rasa sgt sedap hingga tak mencukupi, tunggu saja esok ptg. Belilah lagi. Pada kuantiti yg sama atau kurang. Jangan di lebihkannya. Sebab, kemungkinan kuantiti tambahan itu, menjadikan kita tak mampu menghabiskannya! :)


Selamat meneruskan ibadah puasa. Sesungguhnya, Ramadhan mengajar kita macam-macam, selagi mana kita menyedari dan menginsafinya. Insyaallah..

Good Day!



0 Responses
  • relaxing moment :)