Semalam, hari Khamis. Last day sekolah (dlm hati: yehuuu dah mula cutii !! ) kunun-kunun, plan lah untuk facial treatment sebelah pagi about 11 a.m. Tengahari leh amik Najmi dan Sarah, sebelum ke Jeli untuk amik Asyraf di asrama.
Tgh syok2 adik manis tu scrub muka, Asyraf call ~ "ummi, cikgu kata kena balik sebelum pukul dua" .. aisyehmen! time dia call tu dah jam 12 lebih!. Dari KB ke Los Angjeli tu paling2 laju pun 1jam 15 minit. Atas muka time tu? bertempek mask! hahahadehh... aduhh! bisa sungguh! tiada opsyen lain - "dik, akak nak stop takat ni dulu, nanti lain kali lah akak dtg buat facial. ada urgent la dik!" tercengang dak tu (dlm hati dia agaknya kata, tak penah2 ade org buat facial half way .. hehehe..)
Maka, bergegaslah ke Jeli. Dengan hujan lebat dan kereta yg bermacam perangai, takkan nye dpt "merempit" dengan kadar segera. Tapi, mesti kena segera sbb lagi dua orang tu, perlu di jemput pulang sebelum lewat petang.
2.15 petang, sampai kat asrama. Terkujat sekejap nengok, Ya Salam! mcm benggali kain je perkakas-perkakas yg Asyraf punggah letak dlm kereta. Dgn beg-beg nya, dgn baldi, dgn buntil kain baju kotor .. wahh! ini mendera ummi nama nye nii! .. Ok. takpe. Sabar ummi, sabar...
Gerak je kereta 200 meter, si anak pun bertanyalah - "bila nak gi beli baju melayu Asyraf, mi?" .. "kita pegi hari ni ek?" wahh wahh wahh.. ummi dia ada iras Aladin agaknya. sesuka ria je, tak tau kah beliau yg ummi nya itu kechiwa pabila mask muka terpaksa di batalkan half way dan feel di belai-belai pipi mulus ini dah terbantut?
Dlm hujan dan kereta,lori,tanker dan bas bersusun, maka sampai lah KB dlm pukul 4 lebih. Urat2 dah mula rasa simpul-simpul manja. Memandu bukan masalah. Nak "layan" sikap pemandu lain tu, yg masalah. Nak menjangka apa kereta depan aku ni nak buat, dia nak turn left ke, turn right ke ..pun satu hal juga.
Lagi2 kereta yg apa lampu pun tak nyala kat belakang dia! tau2, dah berenti berputar dah tayarnya. oooo.. brek rupanya kereta depan ni! gitu je lah. ala-ala "niat batin" gitu. Dia rasa nak brek, dia "salurkan niat dia" kat pemandu belakang. Tak perlu lampu-lampu brek segala .. huhu..
Sebagai memenuhi mood raya anak-anak, ummi dgn isi kepala yg dah fening melencong lah pi cari baju melayu. Wahh! kalah gadis-gadis haa. Kejap try purple color. Pastu try green color. Pastu berkenan lak kat dark green.
Apa-apa pun, letih mcmana sekali pun, jika hati redha dan melakukannya sesuatu seikhlasnya, semua yg negatif terhindar jauh dari dalam diri.
Selamat Menyelami Mood Ber Hari Raya!