Satu Cerita - Najmi
Hari kedua bersekolah. Ada majlis jamuan Aidilfitri selepas waktu sekolah hari ini. Ada banyak makanan, minuman dan kegembiraan waktu majlis diadakan.

Selesai sessi makan-makan, budak-budak memulakan sessi bermain sesama sendiri. Berlari, mengusik rakan, bergurau - antara aktiviti yang menarik untuk mengisi waktu.

Nak dijadikan cerita, Najmi di sepak dan di tumbuk pelajar darjah lima petang tadi. "Gurauan" menyakitkan itu, membuatkan Najmi ter esak-esak menangis.

Sampai ke kawasan sekolah, rakan-rakan sekelas bertubi memberi laporan masing-masing. Ada yg beritahu, Najmi kena tumbuk di dada dan di sepak di pinggang. Untuk kanak-kanak lelaki ber saiz kecil seperti Najmi, ketiadaan banyak isi lemak dan daging di tubuh yg melindung tulang - sakitnya agak sedikit lebih.

Salah seorang "tukang lapor" menunding kepada seorang budak lelaki, "auntie, dia la hok sepak Najmi tadi".

Maka, bersemuka lah ummi dengan Si polan itu. Hurmm.. Relax aje budak ni, bisik hati. Tiada riak bersalah pun. Dengan usia dan kudrat, memang lebih dari termampu lah dia utk melanyak mana-mana junior.

Terdetik di fikiran, apa lah yang ada dlm nawaitu budak itu waktu dia dgn tapak kasut sekolahnya menendang pinggang Najmi tadi. Pada usia 10, belum bolehkah dia fikir? Fikir tentang sakit nya orang lain bila dia "bergurau bodoh" begitu.

Menguruskan anak-anak sememangnya bukan tugas mudah. Kalau pun mahu anak di asuh ganas agar dapat mempertahankan diri, janganlah membawa kepada situasi menyusahkan orang lain!






- Posted using BlogPress from my iPhone
4 Responses
  1. rainoserez Says:

    kesiannyaa si najmi..
    ummi tak debik ke budak darjah 5 tu? hehee..


  2. Unknown Says:

    Teringin gak bagi satu das. Tapi gitu aa.. Mengenangkan kita baru je raya seminggu .. Kang naik Court lak, haru :))


  3. salam...

    singgah malam sambil folo ur blog..

    *selamat hari raya"


  4. Unknown Says:

    Sekamar rindu ~ selamat hari raya aidilfitri ;) terima kasih ..


  • relaxing moment :)