Yeh yeh dah sekolah
Ahad. Hari pertama bersekolah selepas masing-masing sakan beraya. Anak-anak yg minggu lalu berduyun pulang ke kampung laman, kini sudah beransur kembali ke "lubuk" tempat mereka menitip sesuap rezeki demi sebuah kehidupan. Tinggallah memori. Memori beraya yg pelbagai.

Yang remaja, di hari raya Lah ada peluang bersua rakan2 lama waktu sekolah rendah, malah waktu sama2 di tadika. Yg retua, cuti beraya dipenuhi jemputan2 walimatul urus, jemputan2 reunion, atau sekadar melepak di rumah melayani para tamu yg berkunjung.

Paling seronok, anak-anak kecil. Tak kira panas terik atau mendung cuaca, beralih dari sebuah rumah ke rumah yg lagi satu demi hari raya. Makan sedap minuman sedap dan ada duit raya juga. Kan best tu. Tak terasa letih menapak bila lihat kocek ada terisi byk helaian bernilai.

Syawal adalah anugerah dari Ilahi kpd kita ummatNya, agar kita mensyukuri dan jadi insan yg lebih baik dari hari-hari semalam.

Selamat Menyambut Aidilfitri.

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop
0 Responses
  • relaxing moment :)