Baginda itu Rasul kita, Nabi kita

SALAM MAULIDUR RASUL


Tahun Gajah - bersamaan dengan 23 April 571. Baginda Rasululullah adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Rupanya sudah hampir 1500 tahun Nabi Muhammad meninggalkan kita. Mungkin disebabkan itu kita lupa tarikh lahir kekasih Allah itu. Lupakah kita, Rasulullah merupakan utusan Allah kepada umat Islam. Nabi terlalu kasih dan cintakan umatnya sehingga saat baginda hendak menghembuskan nafas terakhir. Kita? Adakah kita cinta dan kasih kepada Rasul kita?


Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.


Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.


Orang-orang kita la ni, ramai yang hafal tarikh Mawi dilahirkan. Ramai yang ingat birthday Siti Nurhaliza. Ramai yang tahu bila Justin Bieber keluar dari perut mak dia. Ramai yang tulis dalam organizer tarikh lahir Lisa Surihani. Ramai yang set kan birthday awek atau pakwe di handphone masing-masing. Tapi adakah anda ingat tarikh lahir junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW?


Yang sedihnya, ramai yang menganggap hari Maulidur Rasul ni tak ubah seperti cuti umum yang lain. Apakah yang dimaksudkan dengan Maulidur Rasul? Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari kelahiran Nabi jatuh pada pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.


Sempena Maulidur Rasul ini, sama-samalah kita muhasabah diri kita. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah setiap hari. Jangan hanya ghairah menyertai perarakan ketika Maulidur Rasul, tetapi kita terus lupakan baginda SAW selepas hari tersebut. Marilah kita berpegang kepada Sunnah dan ajarannya. Mudahan-mudahan kita akan beroleh syafaat daripada baginda serta mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. InsyaAllah..





edit post
Reactions: 
0 Responses
  • relaxing moment :)