Air Asia Ohh Air Asia..



Pagi Yg Gerammm.. huhuhu..

Ok. citer past tense dulu. Semlm hari Ahad. Nak booking la tiket Air Asia. Jauh nak pegi ha - pegi Kolompo. Org kata kat Kolompo ada mcm2. Tu yg mcm teringin je nak pi tgk. Mana la tahu boleh pi beli beg Gucci macam yg Kak Kiah jiran sebelah ni pakai masa kenduri anak dia aritu. Kak Kiah kata, dia beli kat PS Boutique. Haih.. biasa pun dengar jalan Masjid India ngan Globe Silk Store je. Ada tidak yg advance sikit, Sogo tu.. (yg senduk dia jual 8 kali ganda dari harga senduk kat Kota Bharu ni) ..

Ok. Tinggalkan Kak Kiah ngan beg Gucci dia. Maka, berkobar lah nak book tiket Air Asia haa. Booking online ada takat 9 org je. Yg nak pegi nye 10 org. Maka menelefon lah untuk mendapat lebih info tentang mcmana nak selit yg sorang lagi tu. Jejaka suara macho mencadangkan agar buat group booking. Tapi kena call hari Isnin lah sbb kaunter group booking tutup pada hari Ahad.

Ok. tunggu Isnin. Tak penah2 buat group booking haa. Try la kan, tak try tak tahu mcmana. Pukul 9 sharp, hubungi bhgian group booking. Cakap cakap cakap.. hurmm, adik manis tu kata kadar tambang adalah pada harga normal. Ohhh! hampanye laa.. Pada Ahad tu, ada tiket yg rega bawah RM100. Isnin, yellek oredi yg rega bawah RM100 tu.

Ok. Akak ni tak biasa group booking ni. Hatta naik flight ni pun, tak brape biasa haa.. Kan ke senang kalau si Perhubungan Pelanggan yg mencadangkan group booking tu bagitau je tentang harga tambang adalah ikut kadar normal. Takde la org kampung mcm akak ni berharap nak dapat rega special bila buat group booking. It's like, mcm kita pi beli barang kat Mydin. beli satu ubat gigi dengan beli sedozen ubat gigi - beza aper harga dia. Kan? It's like beli bawang merah, ketumbar, garam, gula untuk Serunding Che Salmah. Beli sebuntil ngan beli satu kilo satu kilo, ada beza harga dia..

Ok. Akak naik keretapi je ahhh .. !!
edit post
Reactions: 
2 Responses
  1. Tyra Says:

    kek3.............
    lenkali jangan kena tipu dek orang pemasaran ni cik sal weiiii....menyusahkan benda yang senang...

    buat jer booking cam biasa..x ada apo beza pun antara booking sendiri dgn booking grup...
    diorang suka buat kita terlepas peluang tiket murah...

    sakap orang ada pengalaman kene klentong....


  2. Zura Says:

    :( patutnye mrk lebih transparent la. Kelentong la yg kaya2 tu .. huhu.. tamo la kelentong org kampung mcm ai ..


  • relaxing moment :)