
sehari dua ni, latihan bowling dimulakan. terdapat 3 peringkat fikiran pertama yg muncul apabila berada di lane:-
1st - susahnye! ..
2nd - susahnye!..
3rd- susahnyaa! ..
usaha tangga kejayaan. takpe. usaha lah .. walaupun setakat hari ni, dah 3 hari tapi blom nampak lagi tu di mana "tangga" nye..
hehehe.. wish me all the best ...
A friend is someone who understands your past, believes in your future, and accept your today.
Dedekat nak tido, terjumpalah quote nih.. nampak mcm best je utk di copy paste kan. Malangnya takleh lak copy. So kena taip lah .. :D
Ada org kata, kawan ni waktu senang je ramai. Bila waktu susah (atau sengkek?) tau2 entah di mana mereka..
Ada org kata, kawan kena ber pada pada. Tak boleh baik sgt, nanti pijak kepala pulak..
"Berkawan biar seribu, berkasih tengok keadaan lah..[kalau boleh, nak ramai2 juga..kan?]" - ada pula org kata mcm ini..
Ada beza tak kawan, dengan sahabat?
Ada org kata, sama saja. Asal dia adalah org yg kita kenal, kita selesa berkomunikasi dan kita selesa dengan karenah2 nya.. itu kawan nama nya..
Tak semua org boleh jadi kawan kita. Kita pun, tak boleh nye nak kawan dengan semua org .. Untuk berapa2 saja bilangan kawan yg kita miliki, hargailah mereka seadanya. Bukan mudah nak memahami hati org lain. sbb kadang tu, kita nak faham apa yg diri kita sendiri mahu kan pun, susah ...
Happy Friendship Day to all ... Nite ..
Ada sebuah teks yg simple, tapi menarik telah pun di baca secara tak sengaja hari ni. Cerita tentang "kewujudan" mata ke tiga dlm kemampuan kita menangani liku hidup.
Antara yg menarik di situ ialah -
We are dealing, communicating and interacting with many people and networks. How do we make decision other than what we see? Remember this quote; “We only see what we want to see.”. Are you in a position when you feel certain things should be done differently than what it was? Do you sometimes feel that you want to turn back time? Or are you in search of ways to make deals and things better so you can reap optimum results? Well, if you fall in any of these categories, you need the Third Eye
Yeah.. seharian kita akan jumpa beberapa org baru, berkarenah dengan org2 yg sedia ada dan mencuba utk capai impian peribadi. Kemampuan interaksi pun satu hal. Kalau interaksi kita it "membunuh" mood seseorang, itu adalah mengecewakan. Mahu mengucapkan sesuatu yg bersifat komentar?, ucapkan iya tanpa mengguriskan, tanpa membunuh mood. Sukar mahu melakukannya lagi2 tanpa skill yg bagus, tanpa ilmu yg mantap..
"kita hanya melihat pada apa yg kita mahu lihat" - lumrahnya mcm itu lah. Siapapun mahu yg terbaik berlaku dlm hidup mereka. Third Eye itu mungkin mewakili usaha gigih utk capai impian. Impian utk mahu lihat apa yg kita mahukan.
Namun, tak semua yg kita peroleh hadir 100% dari usaha sendiri. Jangan nafikan wujudkan manusia2 sokongan yg membantu kita menjadi "third eye" utk melonjakkan kita dlm mencapai matlamat peribadi kita itu ..
Good Day !...