Kehidupan & Kenaikkan - "bagaikan aur dengan tebing.."
Salam Ramadhan..

Baju2 baru - checked. Karpet baru - checked. Sandal baru - checked. Langsir baru - checked.



Wahh! kalau nak di ikutkan kelipan mata yg melihat dan hati yg terdetik, semua nak baru demi Syawal nanti. Melihat situasi sekitar waktu ini, seperti tidak mengizinkan kita "membebaskan" isi dompet duit utk membeli. Walau gaji bulanan kerap naik, ia nya seiring dengan serba barang keperluan lainnya yg turut naik.




Resam hidup, bermula dengan kiraan usia, disitu saja sudah berlaku kenaikan pada kadar setiap hari, walaupun hanya diraikan pabila "birthday". Kemudiannya kiraan petrol, gula, gandum, ikan (hatta ikan kering yg isi nye tak seberapa pun mahal la ni.. ) Mau atau tidak, dengan rela atau paksa- rela, kita perlu akur dengan keadaan ini.




Dikatakan tempat kita melonjakkan kadar kenaikan kos hidup tak seberapa berbanding negara lain. Itu, mungkin "ayat memujuk hati" atau fakta. Apa saja alasannya, itulah yg berlaku. Itulah yg kita perlu hadap.




Bagi kita yg setiap bulan di bayar gaji, ada elaun-elaun, ada bonus walau kadang2 .. tidaklah beban itu menyesakkan dada. Pada mereka yg "kerja pagi utk makan tghari, kerja ptg blom tentu bergaji", jerih pedih juga menempuh hidup yg serba serbi mahal ini. Wang yg sedikit perlu di agih-agih utk macam2 keperluan.




Bertuah nya kita, masih mampu mendapat sebilangan besar apa yg kita mahu. Walau di kebanyakan waktu helaian helaian merah hijau biru itu seperti semakin laju saja keluar dari poket, atas pelbagai alasan dan keperluan..




Bertuah nya kita, berbanding mereka yg kesempitan kewangannya. Di era serba serbi mahal, mereka perlu meneruskan hidup. Hidup dengan catuan itu dan ini. Tiada istilah "kasut idaman", atau "beg tangan sedondon", atau "pewangi keluaran terbaru" yg "must buy"..




Bersyukurlah ..

0 Responses
  • relaxing moment :)