
Ok. citer past tense dulu. Semlm hari Ahad. Nak booking la tiket Air Asia. Jauh nak pegi ha - pegi Kolompo. Org kata kat Kolompo ada mcm2. Tu yg mcm teringin je nak pi tgk. Mana la tahu boleh pi beli beg Gucci macam yg Kak Kiah jiran sebelah ni pakai masa kenduri anak dia aritu. Kak Kiah kata, dia beli kat PS Boutique. Haih.. biasa pun dengar jalan Masjid India ngan Globe Silk Store je. Ada tidak yg advance sikit, Sogo tu.. (yg senduk dia jual 8 kali ganda dari harga senduk kat Kota Bharu ni) ..
Ok. Tinggalkan Kak Kiah ngan beg Gucci dia. Maka, berkobar lah nak book tiket Air Asia haa. Booking online ada takat 9 org je. Yg nak pegi nye 10 org. Maka menelefon lah untuk mendapat lebih info tentang mcmana nak selit yg sorang lagi tu. Jejaka suara macho mencadangkan agar buat group booking. Tapi kena call hari Isnin lah sbb kaunter group booking tutup pada hari Ahad.
Ok. tunggu Isnin. Tak penah2 buat group booking haa. Try la kan, tak try tak tahu mcmana. Pukul 9 sharp, hubungi bhgian group booking. Cakap cakap cakap.. hurmm, adik manis tu kata kadar tambang adalah pada harga normal. Ohhh! hampanye laa.. Pada Ahad tu, ada tiket yg rega bawah RM100. Isnin, yellek oredi yg rega bawah RM100 tu.
Ok. Akak ni tak biasa group booking ni. Hatta naik flight ni pun, tak brape biasa haa.. Kan ke senang kalau si Perhubungan Pelanggan yg mencadangkan group booking tu bagitau je tentang harga tambang adalah ikut kadar normal. Takde la org kampung mcm akak ni berharap nak dapat rega special bila buat group booking. It's like, mcm kita pi beli barang kat Mydin. beli satu ubat gigi dengan beli sedozen ubat gigi - beza aper harga dia. Kan? It's like beli bawang merah, ketumbar, garam, gula untuk Serunding Che Salmah. Beli sebuntil ngan beli satu kilo satu kilo, ada beza harga dia..
Ok. Akak naik keretapi je ahhh .. !!
Ada dua pilihan. Kita lakukannya, atau kita hanya lihat org lain lakukannya, dan mengecapi kejayaan dlm perkara yang sepatutnya kita pun boleh perolehi. Kedua-dua nya, atas izin Allah. Allah juga mahu kita usaha. Kita usaha dulu, kita mohon padaNya agar usaha-usaha kita itu bertemu kejayaan.
Ada pula satu lagi jenis "usaha". "Usaha" semacam ini, lebih diminati mereka-meraka yang menidakkan kemampuan orang lain, tetapi takut untuk bersaing. Mereka yg sebegini, mungkin mencapai kehendak mereka, namun "manis" nya tidak ranum seperti orang-orang yg berusaha pada jalan yang benar.
Pada mana- mana saja medium siber, bahan bacaan fizikal dan media siaran, kita kalis pada paparan kejayaan org-org dalam bidang yg mereka akui mampu memberikan mereka "kaya segera" - mungkin sesegera mee segera?, atau mungkin lewat sedikit?, namun kaya lah kan ujung2 tu ..
Terliur lah rakyat rakyat jelata bila lihat si polan bergaya sendeng tepi BMW mewah walau hanya "menceburi" bidang itu beberapa bulan. Lena malam dibayangi indahnya hidup jika dapat jadi seperti org itu. Tiada salah "membontoti" cara si kaya itu utk kaya, cuma berhati- hati lah pada kaedah yg mungkin menjadikan kita mangsa mereka-mereka yang licik.
Jadikan lah diri kita kaya dengan cara yang kita sukai, tanpa menyumbangkan rasa benci org lain kepada kita. Selamat Berlumba!..

Jumaat, penghulu segala hari. Jumaat, membawa kita kepada hari2 yg seterusnya dalam ketaksuban kita menyusuri hari dengan impian, cita-cita, harapan dan seribu satu "to do list", demi kesempurnaan sebuah kehidupan.
Jumaat ini, aku terbawa kenangan waktu bersekolah. Lama. Sgt-sgt lama kenangan itu. Kala kenangan itu mengimbau, mereka2 yang dulunya bersahabat, bergaduh, bermasam muka, berpuak puak di sekolah, kini sudah ada hidup sendiri - sudah berkerjaya bagus, sudah berkeluarga, sudah TUA pun masing2 ! .. :D
Kehidupan kita ini unik. Allah merencanakan setiap nya dengan sgt baik dan sempurna. Dulu, kita kanak-kanak. Yang comot, comotlah. Hari-hari datang sekolah dengan imej gitu. Sempoi je dia. Alih2, la ni? pergghh! hensem beb! .. hehehe.. Yang chubby (mcm eden ni haa..) chubby lah. Yang "mat belia" juga ada. Kemas je dia menjaga imej belia dia tu. Harap2, la ni dia ada sedikit pengaruh hip hop! :D Tak ketinggalan yg sentiasa up to date dengan URTV nya! Tanya dia lah, artis mana yg jadi makwe Badrul Muhayat. Dia ada jawapannya. Dan, dia juga tahu full lyric lagu Tina Turner. Ohh.. manis bukan kenangan itu?
Kini, sungguh pun personaliti kita berbeda seiring corak kehidupan semasa, namun kenangan-kenangan itu pastinya masih ada di sudut hati kita. Semoga di satu hari yg tenang, kita dapat dipertemukan semula.. Insyaallah .. :)
Walau macamana sekalipun berubah rupa sekolah kita tu, namun kenangan yg di beri takkan merubah kenangan kita waktu di situ :)
Tahun Gajah - bersamaan dengan 23 April 571. Baginda Rasululullah adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Rupanya sudah hampir 1500 tahun Nabi Muhammad meninggalkan kita. Mungkin disebabkan itu kita lupa tarikh lahir kekasih Allah itu. Lupakah kita, Rasulullah merupakan utusan Allah kepada umat Islam. Nabi terlalu kasih dan cintakan umatnya sehingga saat baginda hendak menghembuskan nafas terakhir. Kita? Adakah kita cinta dan kasih kepada Rasul kita?
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Yang sedihnya, ramai yang menganggap hari Maulidur Rasul ni tak ubah seperti cuti umum yang lain. Apakah yang dimaksudkan dengan Maulidur Rasul? Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari kelahiran Nabi jatuh pada pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.
Sempena Maulidur Rasul ini, sama-samalah kita muhasabah diri kita. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah setiap hari. Jangan hanya ghairah menyertai perarakan ketika Maulidur Rasul, tetapi kita terus lupakan baginda SAW selepas hari tersebut. Marilah kita berpegang kepada Sunnah dan ajarannya. Mudahan-mudahan kita akan beroleh syafaat daripada baginda serta mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. InsyaAllah..

Bertemankan radio internet tersohor, jemari ini menaip lagi utk kesekian kalinya. Kali ni, tertarik sungguh aku pada trend zaman ini - berniaga di internet. Sehari ke sehari, makin ramai kalangan rakan, kenalan, saudara mara yang menceburinya. Meriah! Serius, "meriah" adalah persepsiku tentang hal ini. Mana tak meriahnya, apa yang tiada? dari makanan,perkhidmatan rundingan perkahwinan, pakaian, tudung, aksessori. Sebut aje, cari aje .. mereka bersedia beri kita "keistimewaan" yg ditawarkan itu .. hebat bukan?
Kepada yg membudayakan angin barat, Hari Kekasih akan tiba dengan pelbagai perancangan kepada para kekasih yg asyik masyuk menganyam cinta. Mau berkahwin? Rins Suzana ada. Dari hujung rambut ke hujung kaki mereka ada untuk bakal raja sehari.
Mahukan kek yg sedap untuk dipersembahkan di hari bahagia nanti, carilah Cik Arin. Apa saja rupa kek dia sanggup cipta utk anda. Jangan suruh dia buat kek sepanjang Penang Bridge udah ler ya :)
Last but not least, tatap la gambar ini. Sedapp asam keranji ni tau! Rare ni .. rare! .. hehehe..
Jangan lupa sesekali jengah Che Salmah tu deh! ;)
Salam hujung minggu..
Pada hari Selasa, 14 Disember baru ni telah di adakan satu sessi temuduga untuk calon-calon MRSM di bawah program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Temuduga diadakan di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan Pahang. yang sahih2 nye, lokasinya jauh nun entah di mana2 entah (sbb tak penah2 pun sampai kawasan Pekan ni, tu yg rasa jauhhh je ..)
Sampai2 je, masa masih berbaki kurang satu jam utk waktu temuduga bermula. Kelihatan ayah ibu sama sibuk ke sana ke mari, seakannya semua mahukan anak2 disiap-sediakan selengkapnya utk ditemuduga..
Info dari "orang MARA" membuatkan ayah ibu semacam terkejut-terkejut. Dari 920 Org calon yg disenarai pendek, hanya 180 Org yg akan diterima bersekolah di situ. Serasa spt ingin melihat "kangaroo melintas di highway Karak" - mungkin ada, namun hampir mustahil.
Apa pun, kecekalan anak2 yg terpaksa menempuh waktu perjlnan yg panjang hanya utk satu sessi temuduga yg menjanjikan peluang tipis itu - patut dipuji. Mereka tahu apa saja yg mrk usahakan, perlu diusahakan sebaiknya.
Difficult but not impossible..

Moga boleh berkunjung lagi ke sini..
Ini, keratan paper lama pembungkus nasi kerabu yang menceritakan sengitnya persaingan bersekolah. Seawal usia 13, sudah nampak susah nye mahu menempatkan diri ke "sekolah terpilih" - walaupun sama2 mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Seawal usia 13, sudah alami dan lihat kelat wajah ayah bonda pada "ketidakmampuan" anak itu menempatkan diri nya di mana2 "sekolah terpilih" itu ..
Teringat pula pada kisah dulu2. Kisah jiran yang pada waktu usia 13 nye, satu huruf A pun tiada di sijil Penilaian Darjah Lima yang beliau duduki. Mungkin nasib dia agak baik, ayah bonda beliau tidak kisah pun apa yg tertulis di sijil itu :D . Meneruskan persekolahan ke peringkat Menengah, rasa2 nye satu kampung terkejut pabila beliau dapat pangkat 1 waktu SPM. Iya la kan, beliau bukan lah "top student" di waktu2 lampaunya. Hatta cikgu2 sekolah pun, sah2 takleh ingat ghuper dia sbb ketidak-popularan itu. Maka, ke "U" lah beliau dengan azam dan tekad baru, yang melupuskan sikap dan kenakalan yang melalaikan di waktu kanak2 nya..
Semua ibu bapa mahu lihat anak2 mereka bagus, berjaya, dan perolehi apa yg terbaik. Kekecewaan itu wajar, namun semangat utk mencuba adalah amat bagus, kerana tak semua orang ada keazaman sebegitu..
All The Best ..