Dedikasi Untuk Teman-Teman Lama


Salam Hari Jumaat..

Jumaat, penghulu segala hari. Jumaat, membawa kita kepada hari2 yg seterusnya dalam ketaksuban kita menyusuri hari dengan impian, cita-cita, harapan dan seribu satu "to do list", demi kesempurnaan sebuah kehidupan.

Jumaat ini, aku terbawa kenangan waktu bersekolah. Lama. Sgt-sgt lama kenangan itu. Kala kenangan itu mengimbau, mereka2 yang dulunya bersahabat, bergaduh, bermasam muka, berpuak puak di sekolah, kini sudah ada hidup sendiri - sudah berkerjaya bagus, sudah berkeluarga, sudah TUA pun masing2 ! .. :D

Kehidupan kita ini unik. Allah merencanakan setiap nya dengan sgt baik dan sempurna. Dulu, kita kanak-kanak. Yang comot, comotlah. Hari-hari datang sekolah dengan imej gitu. Sempoi je dia. Alih2, la ni? pergghh! hensem beb! .. hehehe.. Yang chubby (mcm eden ni haa..) chubby lah. Yang "mat belia" juga ada. Kemas je dia menjaga imej belia dia tu. Harap2, la ni dia ada sedikit pengaruh hip hop! :D Tak ketinggalan yg sentiasa up to date dengan URTV nya! Tanya dia lah, artis mana yg jadi makwe Badrul Muhayat. Dia ada jawapannya. Dan, dia juga tahu full lyric lagu Tina Turner. Ohh.. manis bukan kenangan itu?


Kini, sungguh pun personaliti kita berbeda seiring corak kehidupan semasa, namun kenangan-kenangan itu pastinya masih ada di sudut hati kita. Semoga di satu hari yg tenang, kita dapat dipertemukan semula.. Insyaallah .. :)

Walau macamana sekalipun berubah rupa sekolah kita tu, namun kenangan yg di beri takkan merubah kenangan kita waktu di situ :)
Baginda itu Rasul kita, Nabi kita

SALAM MAULIDUR RASUL


Tahun Gajah - bersamaan dengan 23 April 571. Baginda Rasululullah adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Rupanya sudah hampir 1500 tahun Nabi Muhammad meninggalkan kita. Mungkin disebabkan itu kita lupa tarikh lahir kekasih Allah itu. Lupakah kita, Rasulullah merupakan utusan Allah kepada umat Islam. Nabi terlalu kasih dan cintakan umatnya sehingga saat baginda hendak menghembuskan nafas terakhir. Kita? Adakah kita cinta dan kasih kepada Rasul kita?


Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.


Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.


Orang-orang kita la ni, ramai yang hafal tarikh Mawi dilahirkan. Ramai yang ingat birthday Siti Nurhaliza. Ramai yang tahu bila Justin Bieber keluar dari perut mak dia. Ramai yang tulis dalam organizer tarikh lahir Lisa Surihani. Ramai yang set kan birthday awek atau pakwe di handphone masing-masing. Tapi adakah anda ingat tarikh lahir junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW?


Yang sedihnya, ramai yang menganggap hari Maulidur Rasul ni tak ubah seperti cuti umum yang lain. Apakah yang dimaksudkan dengan Maulidur Rasul? Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari kelahiran Nabi jatuh pada pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.


Sempena Maulidur Rasul ini, sama-samalah kita muhasabah diri kita. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah setiap hari. Jangan hanya ghairah menyertai perarakan ketika Maulidur Rasul, tetapi kita terus lupakan baginda SAW selepas hari tersebut. Marilah kita berpegang kepada Sunnah dan ajarannya. Mudahan-mudahan kita akan beroleh syafaat daripada baginda serta mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. InsyaAllah..





Asam Keranji, Blogger dan Internet Bisnes

Salam Hujung Minggu...

Bertemankan radio internet tersohor, jemari ini menaip lagi utk kesekian kalinya. Kali ni, tertarik sungguh aku pada trend zaman ini - berniaga di internet. Sehari ke sehari, makin ramai kalangan rakan, kenalan, saudara mara yang menceburinya. Meriah! Serius, "meriah" adalah persepsiku tentang hal ini. Mana tak meriahnya, apa yang tiada? dari makanan,perkhidmatan rundingan perkahwinan, pakaian, tudung, aksessori. Sebut aje, cari aje .. mereka bersedia beri kita "keistimewaan" yg ditawarkan itu .. hebat bukan?


Kepada yg membudayakan angin barat, Hari Kekasih akan tiba dengan pelbagai perancangan kepada para kekasih yg asyik masyuk menganyam cinta. Mau berkahwin? Rins Suzana ada. Dari hujung rambut ke hujung kaki mereka ada untuk bakal raja sehari.

Mahukan kek yg sedap untuk dipersembahkan di hari bahagia nanti, carilah Cik Arin. Apa saja rupa kek dia sanggup cipta utk anda. Jangan suruh dia buat kek sepanjang Penang Bridge udah ler ya :)

Last but not least, tatap la gambar ini. Sedapp asam keranji ni tau! Rare ni .. rare! .. hehehe..

Jangan lupa sesekali jengah Che Salmah tu deh! ;)
The Best Man Win [part II]

Salam hujung minggu..

Pada hari Selasa, 14 Disember baru ni telah di adakan satu sessi temuduga untuk calon-calon MRSM di bawah program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Temuduga diadakan di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan Pahang. yang sahih2 nye, lokasinya jauh nun entah di mana2 entah (sbb tak penah2 pun sampai kawasan Pekan ni, tu yg rasa jauhhh je ..)

Sampai2 je, masa masih berbaki kurang satu jam utk waktu temuduga bermula. Kelihatan ayah ibu sama sibuk ke sana ke mari, seakannya semua mahukan anak2 disiap-sediakan selengkapnya utk ditemuduga..

Info dari "orang MARA" membuatkan ayah ibu semacam terkejut-terkejut. Dari 920 Org calon yg disenarai pendek, hanya 180 Org yg akan diterima bersekolah di situ. Serasa spt ingin melihat "kangaroo melintas di highway Karak" - mungkin ada, namun hampir mustahil.

Apa pun, kecekalan anak2 yg terpaksa menempuh waktu perjlnan yg panjang hanya utk satu sessi temuduga yg menjanjikan peluang tipis itu - patut dipuji. Mereka tahu apa saja yg mrk usahakan, perlu diusahakan sebaiknya.

Difficult but not impossible..








Moga boleh berkunjung lagi ke sini..

The Best Man Win..
Berita Harian Online | Hanya 10 peratus diterima ke SBP

Ini, keratan paper lama pembungkus nasi kerabu yang menceritakan sengitnya persaingan bersekolah. Seawal usia 13, sudah nampak susah nye mahu menempatkan diri ke "sekolah terpilih" - walaupun sama2 mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Seawal usia 13, sudah alami dan lihat kelat wajah ayah bonda pada "ketidakmampuan" anak itu menempatkan diri nya di mana2 "sekolah terpilih" itu ..

Teringat pula pada kisah dulu2. Kisah jiran yang pada waktu usia 13 nye, satu huruf A pun tiada di sijil Penilaian Darjah Lima yang beliau duduki. Mungkin nasib dia agak baik, ayah bonda beliau tidak kisah pun apa yg tertulis di sijil itu :D . Meneruskan persekolahan ke peringkat Menengah, rasa2 nye satu kampung terkejut pabila beliau dapat pangkat 1 waktu SPM. Iya la kan, beliau bukan lah "top student" di waktu2 lampaunya. Hatta cikgu2 sekolah pun, sah2 takleh ingat ghuper dia sbb ketidak-popularan itu. Maka, ke "U" lah beliau dengan azam dan tekad baru, yang melupuskan sikap dan kenakalan yang melalaikan di waktu kanak2 nya..

Semua ibu bapa mahu lihat anak2 mereka bagus, berjaya, dan perolehi apa yg terbaik. Kekecewaan itu wajar, namun semangat utk mencuba adalah amat bagus, kerana tak semua orang ada keazaman sebegitu..

All The Best ..
Bulan Sepuluh Yang Sibuk ..
Salam "bulan sepuluh"..

ohhh! sudah Oktober ya? ada lagi dua bulan untuk penghujung 2010. Pantasnye masa berlalu. Serasa baru saja hadir 2010, sudah ia ingin berlalu pergi..


Oktober menyajikan beberapa siri "kesibukkan" yg terkawal. Acara paling dinanti, majlis perkahwinan Nurul Izzati di Cheras pada 23hb nanti .. Walau jarak yg agak jauh memisahkan kita, Insyaallah Kak Mazz dan Abg Tho akan cuba utk tidak menguzurkan kehadiran kami ..



Selepas Syawal, Chesalmah memanjangkan "usaha berniaga" nya, dgn hadirnya musim persediaan mereka-mereka yg dijemput Allah ke Tanah Suci. Kebetulannya, Serunding adalah bahan kering yg tak mudah basi, ringan dan boleh di jadikan "back up" waktu di sana. Macam2 "arahan pembungkusan" diterima - ramai yg mahukan setiap pack kecil2 saiznya, mudah. Buka satu satu, dan tidak berlaku nya pembaziran jika beralih dari satu tempat ke tempat lainnya.


Adalah satu ketidakupayaan utk peniaga menghadapi keputusan utk sebuah kenaikkan harga. Alhamdulillah, walau berlaku sedikit kenaikan pada harga Serunding Che Salmah, tempahan masih sepertimana biasa. Ianya sesuatu yg tidak dapat tidak perlu berlaku, unjuran kenaikan harga bahan2 mentah yang rata2 kita amat maklum impaknya..


Chesalmah.com dengan penuh syukur pada Illahi, mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yg setia, pelanggan-pelanggan baru yg diharap akan terus memikirkan chesalmah.com di kala inginkan serunding..


Kepada pihak pengurusan dan para DJ's dari funker.fm yg sudi menyiar dan menyebarkan tentang produk2 serunding chesalmah.com, terima kasih banyak2 ya :) .. Terima kasih juga kepada Kelubi Seman GomoFM , kepada semua yang sentiasa menyokong kewujudan chesalmah.com .. terima kasih dari kami ..


Indahnya "ordering online"
Masih dlm suasana Syawal, walaupun ia semakin di penghujung, namun sebilangan dari kita masih mem "open house" kan suasana Aidilfitri itu. Waktu ini lah, macam-macam jenis menu makanan akan tersedia depan kita.




Tradisinya, makanan kita boleh perolehi dari kedai. Mau roti, ke kedai roti lah. Mau bawang, ikan, sayur, ke pasar lah di tuju. Namun, trend masa kini, berlangsung dengan canggihnya teknologi, hampir semua barangan keperluan dapat di beli secara "online". Dari pakaian kepada kosmetik, dari kek kepada serunding..boleh di beli hanya dengan menggerak gerakkan jari jemari anda.





Serunding Chesalmah, Kek yg sedap dari Cik Arin, Variasi Coklat yg boleh buat kita speechless sbb sgt umpphh dan keenakan rasa kek lapis betawi adalah beberapa nama yg menyediakan kemudahan "sampai ke depan pintu rumah/pejabat anda". Mudah kan? hanya tempah, kemudiannya bayar (yg juga boleh di lakukan secara online) dan dalam beberapa hari, serunding atau kek atau coklat sudah berada di depan kita!



Dan, yg penting kesedapannya! Sedap tau, kalau tak percaya, orderlah ! .. :D




  • relaxing moment :)